HAYAT wa MAMAT

hidup bukan untuk diri sendiri semata-mata, tetapi untuk Sang Pencipta dan umat manusia. :)


Leave a comment

Angka ke-22

Bismillahirrahmanirrahim.

image

Officially 22 y/o. 3rd March 2014. Alhamdulillah.
Cepat ja masa berlalu, cepat juga mendekati kematian.
Terima kasih ma abah tatang dan jaga kak ena serta insan2 sekeliling yg hadir memberi warna hidup ini.

Hari bersejarah utk diri. Turut bersejarah utk umat Islam. Genap 90 tahun jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di tgn Mustafa Kamal.
Dan sesungguhnya khilafah tidak akan tertegak selagi mana insan2 di bumi duduk bersenang-lenang dan berasa selesa dengan kehidupannya tanpa berbuat apa2..

Doakan saya dan kita semua menjadi penyumbang kembalinya semula khilafah! 🙂
Terlalu banyak benda yg masih perlu dibuat.

Moga Allah permudahkan segalanya.
Jzkk semua 😀

image

image

Terharu dengan ahli bait lama. Tetiba semua jadi manis hehe 🙂

image

image

Terharu dengan akhawat semua ♥

image

Madam fizah cakap, hadiah dia paling mahal, mungkin sebab datang jauh dari malaysia kot 😀

image

Yang paling berharga, dunia akhirat. Terima kasih bangcik 🙂

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (19:96)

Advertisements


Leave a comment

Manisan Maulud Nabi

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini kisah kelmarin, tanggal 13 Rabiulawal 1435H, sehari selepas 12 Rabiulawal 1435H, iaitu hari kelahiran junjungan besar, kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Perbanyakkan selawat, moga kita memperoleh syafaat baginda. Ameen.

Klinik prosthesis (gigi palsu) berjalan seperti biasa selepas sehari cuti sempena hari kebesaran tersebut. Selalunya Baba Ahmad (pesakit gigi palsu) akan datang lagi awal dari kami (aku dan Nomey berkongsi pesakit untuk menyiapkan gigi palsu). Tetapi hari ini lain. Tunggu punya tunggu, Baba Ahmad datang lewat 15 minit dengan bungkusan plastik berisi kotak di tangan, ” ya dukturah, maulid nabi SAW. Rasulullah mewarnakan hidup kita semua. Kamu mewarnakan hidup saya, seperti anak-anak saya. Allahumma solli ala saiyidina Muhammad, ” sambil menghulurkan bungkusan tersebut. (Ayat yg aku paham dan rasanya macam ni terjemahannya. Hee) Speachless! Terharu! Berat bungkusan tu. Aku pun tengok. Wah, ada manisan! “Ada dua kotak ni. Kamu satu. Dukturah Nomey satu yaa, ” sambung Baba Ahmad.

image

Allah2, rezeki Allah, alhamdulillah. Kami berdua dalam golongan yang agak lambat menjumpai pesakit, agak ketinggalan pada mulanya dalam membuat gigi palsu. Tapi aturan Allah cantik kannn, akhirnya bukan sahaja dapat pesakit yang sangat komited dan baik, malah berdakwah kepada doktor yang merawatnya pula. SubhanaAllah! Aku pun bertanya kepada Dr Said (doktor yang mengajar praktikal) tentang cara orang Mesir menyambut Maulidurrasul. Kalau kita tengok di Malaysia, adanya ceramah2 agama mengingatkan tentang Rasulullah SAW, adanya perarakan2 (seperti di sekolah2), adanya pertandingan nasyid, selawat, qasidah dan sebagainya, maka hati kecil sedikit kecewa dengan diri ini. Dah ada di bumi anbiya’ ini selama 3 tahun setengah, tetapi tak pernah cakna akan hal sebegini 😦

Maka doktor pun menjawab, ” Dengan memperbanyak selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan memberi manisan kepada orang lain sempena hari yang gembira. Moga orang yang mendapat manisan juga gembira.” Lantas, aku pun memaklumkan kepada doktor yang aku dapat manisan daripada Baba Ahmad, lalu Doktor Said pergi mendekati Baba Ahmad dan menepuk dada Baba sambil tunduk sedikit dan tersenyum. Mungkin tanda penghargaan. Mungkin juga tanda pujian. Sebak rasa. Indah! Kedua-duanya insan hebat yang aku hormati kerana Allah. Baba Ahmad pada zahirnya bukanlah dalam kalangan orang yang cukup senang, tetapi moga amal baik Baba menjadikan Baba orang yang senang di akhirat. Ameen.

image
image

Nomey, Baba Ahmad dan me. Credit to Nomey untuk gambaq. 🙂

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Maulid Nabi. Hari indah, hari bahagia, hari kesyukuran. Lahirnya seorang Rasul untuk umat manusia. Seorang yang cukup sifat manusianya, baik akhlaknya, untuk dijadikan qudwah semua. Orang yang mesti dicintai oleh umatnya, iaitu kita. Cukup kenal kah kita dengan baginda. Cukup cinta kah kita terhadap baginda? Cukup masa kah kita mengingati baginda?

Muhasabah diri. Andai semua itu belum cukup, cukup syarat kah kita mendapat syafaat baginda? Allah. Malu. 😦

Bila hati mencintai, maka minda akan mengingati, lantas mulut akan menyebut. Amalkan selawat. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

*Perkataan Selawat atau Salawat ( Bahasa Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Bahasa Arab: الصلاة‎ ), bererti doa, pujian. Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; “Doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Sumber: pakcik wikipedia.

Moga amalan baik orang Mesir sepertimana yang dilakukan Baba Ahmad dapat dicontohi kita semua. Moga kita bukan dalam golongan bakhil seperti dalam hadis Nabi. Mesti memberi melebihi meminta. Sollu ala nabi.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).


Leave a comment

Don’t judge life by one difficult season!

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila bosan, mula la mencari cerita-cerita yang boleh mengetuk diri sendiri. haha

Luckily, terbaca satu cerita yg seorang hamba Allah ni komen kat FB Yasmin Mogahed (selalu buka FB page dia, cari kata-kata semangat untuk diri) ngee.

Jom baca.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away. The first son went in the winter, the second in the spring, the third in summer, and the youngest son in the fall.

When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen. The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted. The second son said no it was covered with green buds and full of promise. The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen. The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.

The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree’s life. He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season, and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it’s winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall. Don’t let the pain of one season destroy the joy of all the rest. Don’t judge life by one difficult season. Persevere through the difficult patches and better times are sure to come some time or later.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Judgement. First impression.

Orang selalu buat – including me. my bad!
Sebab tu la kan Islam sangat menekankan TAARUF (berkenal-kenalan)
menjauhi suuzon (bersangka buruk), merapatkan ukhwah, dll.

“O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full Knowledge and is well-acquainted (with all things).”
(Al-Hujurat:13)

Kita tak boleh nak kenal pokok dalam hanya satu musim, maka manusia pun tak dapat dikenali sepenuhnya pada hanya satu masa. Masa. Ya, perlukan masa. Sebab tu, orang cakap suami isteri yang dah kahwin 10 tahun pun tak kenal habis lagi. haha. Itu yang boleh ada perang-perang, cerai-berai apa bagai (mintak simpang empat puluh empat la) hoho.

Maka, Aina, hang kena:
-husnuzon dengan orang
-nak kenai orang, kena lalu susah senang sama-sama (perlu masa, perlu sabaq)
-sila pandang kebaikan daripada pandang keburukan naa

“It takes a moment to judge someone, But a lifetime to understand them”


Leave a comment

oh, bloging!

Bismillahirrahmanirrahim.

Krik Krik. Blog sempena tahun 2014. kuang3

Ini blog baru, setelah dua atau tiga blog yang telah dibuat sebelum ni dan telah dipadamkan. haha. Entah apa-apa yang dimerapukan. Moga yang kali ini bukanlah “hangat-hangat tahi ayam” seperti sebelumnya 😛

Normal seorang perempuan, talk, talk and talk. Me too . Sometimes, too much talk. Ada ja benda yang nak disembangkan dan diceritakan. Sifat semulajadi, mungkin! Tiap-tiap tahun simpan azam nak jadi pendiam, tapi tak pernah-pernah berjaya. Sampai ramai ja nasihat suruh lupakan azam tu, dan jadi diri sendiri. yeah, totally right! But deep in the heart, tahu ja, kurang bercakap, kuranglah dosa :(. Tapi bukan lah sampai tak bercakap langsung kannnnn. 😀

Tu lah, hopefully effort kali ini berjaya. Walaupun tahu bab IT dan edit-mengedit ni tersangatlah lemah. tapi takpalah, will try.  Story mory through writing pulak. Moga bermanfaat untuk diri dan orang lain jugak. Ameen ameen ameen.

وخير الناس أنفعهم للناس

The best man is the one who contributes the most to the mankind. 🙂

new year, new blog, new hope.